AKAUN MASJID

KUTBAH PILIHAN

Zionis Yahudi DiPerang Lesen Judi DiTentang




السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.



Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 76 surah an-Nisa’:

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا

Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah

Kini kita berada dipenghujung bulan Mei yang meningatkan kita semua tentang sejarah hitam bagi umat Islam setiap kali tibanya 15 Mei yang digelar dengan NAKBAH- hari malapetaka dalam sejarah umat Islam terutamanya di Palestin, dengan penubuhan negara haram Israel pada 1948. Pada 12 Mei 2010 baru lalu, Perdana Menteri negara haram Israel, Benyamin Netanyahu, di dalam Knesset menegaskan sekali lagi bahawa Yahudi berhak terhadap bandar Quds dengan alasan kononnya Quds dengan nama dalam bahasa Ibrinya dipanggil Sahyun disebut 850 kali dalam Perjanjian Lama (Taurat sedangkan ia tidak disebut dalam kitab-kitab suci lain. Quds juga disebut 142 kali dalam kitab Perjanjian Baru sedangkan al-Quran tidak menyebut walaupun sekali di antara 26 nama Arab untuk Quds sehinggalah dalam tafsiran al-Quran yang berkembang mulai abad ke 12 dikatakan di sana ada ayat yang menunjuk kepada Quds. Para wakil Arab di Knesset membantah kenyataan Netanyahu dengan menyebut bahawa Quds ialah qiblat pertama umat Islam dan tanah haram ke 3, dengan menuduh Netanyahu cuba memutar-belitkan sejarah. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Di tanah inilah saksi kepada jihad yang mengorbankan jutaan umat Islam bagi mengembalikan kemerdekaan Palestin. Bagi Yahudi pula, kononnya bumi tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah kampung halaman nenek moyang mereka berasal dari Bani Israel dan Yahudi percaya di tanah itulah terletaknya Bukit Zion tempat tertanamnya Haikal Sulaiman iaitu kuil suci mereka. Manakala Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci di mana Temple of Nazareth yang terletak di tanah tersebut merupakan tempat kelahiran Nabi Isa, tempat Nabi Isa menyampaikan ajarannya dan disalib mengikut pegangan mereka. Sejak zaman nabi Ibrahim lagi yang merupakan moyang kepada keturunan Bani Israel dan Bani Ismail telah mendiami bumi Palestin. Meskipun Yahudi mendakwa Palestin sebagai tanah warisan mereka tetapi Allah sendiri menafikannya antaranya ayat 67 surah Ali ‘Imran :

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya : Bukanlah nabi Ibrahim itu Yahudi dan bukannya juga Nasrani tetapi dia adalah orang yang lurus, bersih (dari syirik dan sesat) dan muslim (berserah diri kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik



Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menghancur Islam dan umatnya termasuk dengan merenggangkan semangat persaudaraan Islam dengan menyuburkan semula semangat kebangsaan sempit. Isu Palestin yang merupakan isu umat Islam dialihkan kepada isu negara Arab seterusnya dipinggirkan lagi sebagai isu rakyat Palestin sahaja. Contohilah perjuangan Salehudin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdis tetapi bangkit atas dasar Islam membebaskan masjid Aqsa hasil daripada surat banduan Palestin yang terseksa dalam penjara kerajaan Salib Kristian ketika betapa banyak surat lagi yang dihantar kepada raja-raja Arab sekelilingnya tetapi tidak dihiraukan. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Baituil Maqdis yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Sayidina Umar al-Khottab sebaik sahaja membebaskannya daripada cengkaman Empayar Rom. Bersamalah kita membantu umat Palestin yang merupakan penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Jangan tunggu sehingga Masjid Aqsa menyembam tanah baru kita merintih sedih. Jangan kita menjadi umat Islam yang paling lemah iaitu membiarkan sahaja Masjid Aqsa runtuh pada zaman kita hidup. Tirulah apa yang dilakukan oleh umat Islam ketika Majid Aqsa dibakar pada tahun 1969 sehingga mereka bangkit yang menyebabkan hampir seluruh Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin. Kita mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang disertai lebih dari 50 buah negara sehingga ada sukarelawan yang mati ditembak dan ramai lagi yang cedera. Jangan kerana nasihat APCO-pro Zionis menyebabkan pemimpin negara menutup mata atas kekejaman Yahudi ini. Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali

قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ – رواية الترمذي دان النسائي

Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Ketika umat Islam bangkit mengecam laman facebook yang menghina nabi Muhammad s.a.w dengan suatu kumpulan menganjur pertandingan melakar wajah nabi, kemudian pengharaman laman youtube oleh Pakistan yang menghina Islam disamping mengutuk tindakan biadap seorang peguam perempuan Perancis yang telah berusia 60 tahun yang sanggup menarik tudung seorang muslimat di khalayak ramai kerana benci pada Islam maka kita begitu sedih apabila pemimpin Melayu tergamak menghalalkan lesen judi sukan yang boleh merosakkan aqidah dan akhlak pemimpin dan masyarakat dengan alasan memualkan. Jika kita memerhati kepada pegangan agama lain terhadap judi seperti Budha Hinayana menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”. Kristian pula memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang termasuk judi yang menyaksikan majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’, Manakala Yahudi menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan Usaha kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara mendapat kecaman dari rakyat. Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial. Amat malang di Negara kita adanya umat Islam sendiri yang tidak takut kepada Allah dalam menjadikan judi sebagai budaya. Hanya orang yang tiada agama dan moral sahaja yang sanggup menghalakan lesen judi. Oleh itu kita jangan menjadi rakyat yang tiada agama dan moral untuk menyokong dan bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermaruah. Bersatu haramkan judi, dunia sentosa akhirat bahagia. Bersama menolak pemimpin judi untuk keamanan negara. Kita juga begitu sedih bila mempunyai pemimpin yang begitu sibuk menakut-nakutkan rakyat tentang negara bakal muflis tahun 2019 jika subsidi terus diberi sedangkan sikap pecah amanah, rasuah, ketirisan dalam pengurusan negara yang melibatkan kerugian yang lebih besar daripada subsidi terus disembunyikan. Inilah kesan buruknya bila memilih pemimpin yang bila untung dirasa seorang bila susah rakyat yang dipaksa tanggung

Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



114. SENJATA YAHUDI KUASAI DUNIA

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.



Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 20 surah al-Hadid :

اعلموا أنما الحيــوة الدنيا لعب ولهو وزينة وتفاخر بينكم وتكاثر فى الأموال والأولــد كمثل غيث أعجب الكفار نباته ثم يهيج فترئه مصفرا ثم يكون حطــما وفى الأخرة عذاب شديد ومغفرة من الله ورضون وما الحيــوة الدنيا إلا متــع الغرور
Maksudnya : Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah permainan, hiburan serta perhiasan juga bawaan hidup yang bertujuan bermegah-megah di kalangan kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta-benda dan anak-pinak. Semuanya itu hanyalah sementara samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburan tanamannya. Kemudian tanaman itu semakin membesar, kemudiannya berubah menjadi kekuningan dan akhirnya hancur. Dan ingatlah bahawa diakhirat nanti ada azab yang berat dan ada pula keampunan besar serta keredhaan daripada Allah S.W.T. Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Umat Islam sentiasa diperingatkan oleh oleh Allah dan rasulNya bahawa dunia ini hanyalah kehidupan sementara dalam mencari bekalan hari akhirat yang kekal selamanya. Godaan dunia telah banyak menghanyutkan umat Islam sendiri daripada merapatkan diri kepada Allah malah apa yang lebih malang ada yang sanggup bangun menentang ketetapan yang telah digariskan oleh Islam. Ibnu Alawi Haddad Husaini telah membahagikan keadaan dunia ini kepada tiga iaitu [1] Dunia yang terpuji: apabila ia membawa kepada melakukan kebaikan atau pun menjauhkan kita daripada melakukan kejahatan. [2] Dunia yang diharuskan : apabila ia tidak menyebabkan kita meninggalkan apa yang disuruh oleh Allah dan juga tidak melakukan perkara yang ditegah. [3] Dunia yang keji mengikut pandangan Kitab dan Sunnah : apabila ia menyebabkan kita meninggalkan segala ketaatan atau pun membawa kepada melakukan maksiat



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Dunia ini hanya tempat persinggahan sementara maka gunakanlah kesempatan ini dalam mencari sebanyak mungkin bekalan akhirat. Kesusahan dalam mencari bekalan hidup dunia seperti harta, makanan, minuman dan sebagainya tidak sesusah mencari bekalan akhirat apabila kita telah berada pada hari pembalasan nanti di mana hari akhirat adalah hari menerima balasan atas amalan di dunia tiada lagi peluang untuk kita beramal di sana. Rosaknya umat Islam sendiri apabila terlalu terpesona dan tertipu dengan tipudaya dunia yang pasti ditinggalkan. Oleh itu jauhkanlah hati kita daripada lalai dengan godaan dunia sehingga lupa kepada akhirat. Antara sebab manusia dilalaikan dengan dunia kerana terlalu mengejar kemewahan harta dunia serta merasakan bahawa umurnya panjang sehingga lupa pada hari mati yang semakin hari semakin dekat. Ingatlah kita kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Anas bin Malik :

قال الرسول e : يَكْبُرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبُرُ مَعَهُ اثْنَتَانِ حُبُّ المَالِ وَطُوْلُ العُمُرِ
Maksudnya: Anak Adam itu membesar dan turut membesar bersamanya dua perkara iaitu terlalu cinta kepada harta dan inginkan panjang umurnya



Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Masyarakat umat Islam dan orang Melayu hari ini seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola. Kita tahu bagaimana hiburan yang melampau banyak merosakkan akhlak umat Islam tetapi malangnya program dalam melahirkan lebih ramai penghibur terus subur. Sekarang ini seluruh dunia termasuk umat Islam banyak menumpu perhatian kepada bolasepak Piala Dunia sehingga ramai di kalangan kita tidak lagi menghiraukan masalah semasa yang sedang berlaku. Mufti Perak ketika mengulas tentang perkara ini telah memberi peringatan bagaimana pada tahun 1967, Sinai di Mesir jatuh ke tangan Israel antara sebabnya adalah kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola. Oleh itu tumpuan kepada sukan tersebut janganlah melalaikan kita daripada menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah terutama dalam menjaga solat Subuh, kerja dan tugasan harian, amanah keluarga dan sebagainya.

Cuba perhatilah apa yang sedang dilakukan oleh musuh Islam terutama yahudi di Palestin di mana ketika dunia sedang berseronok dengan Piala Dunia, mereka terus menyerang umat Islam termasuk membunuh ketua keselamatan kerajaan Palestin. Begitu juga tindakan kejam Amerika yang terus memburu dan membunuh sesuka hati umat Islam di Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Begitu juga dengan pergolakan di Selatan Thailand yang terus berlaku bagaikan tiada tanda untuk berhenti. Sesuai dengan Piala Dunia yang berlangsung di Jerman maka kita dapat lihat bagaimana zionis yahudi tidak pernah memadamkan api permusuhan terhadap Islam termasuk mendesak kerajaan Jerman agar tidak membenarkan Presiden Iran yang dituduh Hitler ke-2 daripada turut hadir di Jerman kerana beliau tidak mempercayai “holocaust” iaitu peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Eropah terhadap orang Yahudi sekitar Perang Dunia II lalu. Sebelum ini berapa ramai tokoh penulis dan politik yang diambil tindakan atas hasutan zionis yahudi kerana menyatakan bahawa pembunuhan terhadap yahudi terutama oleh Hitler dan tentera Nazi Jerman itu hanya rekaan untuk menarik simpati dunia terhadap yahudi sedangkan kejahatan zionis yahudi terutama di bumi Palestin adalah lebih teruk dan ganas di mana ia terus berlaku hingga hari ini. Inilah yang berlaku apabila pengganas cuba berlagak baik maka pelbagai cara digunakan untuk menutup kejahatan dan keganasan yang dilakukan.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal :

إن الذين كفروا ينفقون أموالهم ليصدوا عن سبيل الله , فسينفقونها ثم تكون عليهم حسرة ثم يغلبون والذين كفروا إلى جهنم يحشرون
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.

Umat Islam juga perlu ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi



Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Kita jangan dilalaikan dengan perkara yang tidak begitu penting sehingga lupa pada masalah yang sedang berlaku dalam negara. Kita mesti memberi perhatian yang serius terutama dalam isu mempertikaikan beberapa peruntukan undang-undang berkaitan Islam, usaha dalam memurtadkan umat Islam, perkembangan Islam Liberal yang meletakkan Islam sebagai agama yang mengikut hawa nafsu. Selain ditekan dengan kenaikan harga minyak dan elektrik maka kita bakal berdepan dengan pejajahan baru kapitalis terutama dalam bidang ekonomi negara apabila kerajaan ingin mengadakan perjanjian Perdagangan Bebas Dua Hala (FTA) Malaysia-Amerika Syarikat. Ia bakal merugikan pada semua bidang termasuk petani, pekerja kilang, nelayan, pekerja swasta, sektor kerajaan dan sebagainya disebabkan dasar Amerika jelas sekali mahu menjajah melalui sektor ekonomi sepertimana yang terjadi pada Afrika Selatan, Mexico, Paraguay, Ecuador, Pakistan, Indonesia dan berpuluh-puluh negara lagi. Inilah kerja musuh samada menjajah dengan senjata seperti di Iraq, Afghanistan, Palestin dan selainnya atau melalui perjanjian yang menguntungkan mereka. Pilihlah samada kita mahu dijajah atau kembali merdeka bersama Islam

Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Maidah :

يــأيها الذين ءامنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة وجــهدوا فى سبيله لعلكم تفلحون
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Yahudi DiPuja Umat Merana


السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.



Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 28 – 29 surah Ibrahim :

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُوا نِعْمَتَ اللَّهِ كُفْرًا وَأَحَلُّوا قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَارِ جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا ۖ وَبِئْسَ الْقَرَارُ
Maksudnya : Tidakkah engkau lihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran dan telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan. Iaitu neraka jahannam yang mereka akan menderita bakarannya dan ingatlah seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka jahannam

Kini kita telah berada pada bulan Sofar di mana banyak peristiwa penting yang pernah berlaku pada bulan ini antaranya Peristiwa berdarah ar-Raji’ yang telah berlaku pada bulan Sofar tahun 4 Hijrah di mana beberapa wakil daripada qabilah ‘Adal dan Qarah telah datang menemui Rasulullah s.a.w untuk meminta agar menghantar beberapa orang sahabat bertujuan bagi mengajar al-Quran dan hukum-hakam agama atas dasar di tempat tinggal mereka yang bernama ar-Raji’ terdapat sambutan yang baik kepada ajaran Islam. Lalu Rasulullah sa.w menghantar 6 orang sahabat (menurut riwayat imam Bukhari 10 orang sahabat) di mana Mar’id bin Abi Mar’id dilantik menjadi ketua kepada rombongan pendakwah tersebut. Malangnya apabila sampai di ar-Raji’, rombongan pendakwah ini telah dikepung oleh tentera musuh yang sememangnya memasang perangkap untuk menculik pendakwah Islam bagi diserahkan kepada kafir Quraisy Mekah bagi tukaran termasuk membebaskan tawanan perang. Sebahagian besar rombongan pendakwah ini tidak mahu menyerah diri kepada musuh sehingga gugur syahid. Manakala 3 yang sanggup menerima syarat musuh pula telah dijual kepada kafir Quraisy dan turut gugur syahid dibunuh oleh pembeli mereka yang sememangnya benci terhadap Islam. Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada kita semua bagaimana dalam memperjuangkan Islam mesti berdepan dengan pelbagai helah musuh termasuk diculik dan dipaksa untuk belot kepada perjuangan Islam. Hanya golongan yang benar-benar teguh iman dan kesabarannya sahaja yang tidak akan sekali-kali menjual agama dengan dunia, tidak mengkhianati amanah rakyat demi kepentingan diri sendiri



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sejarah Islam turut mencatatkan bagaimana bulan Sofar tahun 656 Hijrah, tentera Tartar Monggol yang berasal dari hujung negara China yang diketuai oleh Halagu telah datang menyerang Kota Baghdad dan menghancurkannya sehingga jatuhnya Kerajaan Abbasiyah setelah 5 kurun memerintah berpusat di Baghdad yang ketika itu diperintah oleh al-Musta’sim. Kejatuhan kerajaan Islam itu akibat perpecahan umat Islam, ajaran Islam yang menyeluruh diabaikan sehingga ramai yang hanyut dengan hiburan yang melalaikan. Malah ada seorang menterinya yang dikenali dengan ’Alqami telah berpaling tadah dengan meminta pertolongan daripada Halagu pemimpin tentera Tartar untuk menyerang Baghdad. Kita dapat melihat bagaimana perbuatan berpaling tadah dan belot daripada perjuangan sentiasa berlaku sekiranya berjuang untuk takhta dan harta tetapi ia jarang berlaku apabila diikat kukuh dengan ikatan aqidah yang kuat. Oleh itu kita mesti berhati-hati dalam memilih wakil atau pemimpin kita supaya tidak diserahkan kepada golongan yang sanggup menggadai maruah apatah agama demi keuntungan dunia dan nafsunya.



Sidang Jumaat yang diberkati Allah ,

Pertembungan antara iman dan kufur terus berlangsung, pertentangan antara Islam dan jahiliah terus berlaku, percanggahan antara hak dan batil terus terjadi. Oleh itu kita umat Islam tidak mempunyai masa untuk berehat kerana tugas kita lebih banyak daripada masa yang ada. Hadapan kita ada antara 2 pilihan samada berjuang atau hidup sebagai hamba kepada musuh Islam, kembali kepada sistem Islam atau menjadi penyembah kepada sistem musuh Islam. Akhirat pula kita akan mendapat balasan Syurga jika berjuang untuk Islam sebaliknya menjadi bahan bakaran api neraka sekiranya menjadi petualang yang mengkhianati agama.

Kita dapat lihat sendiri bagaimana zionis yahudi telah merancang lebih 100 tahun untuk menguasai dunia iaitu bermula pada tahun 1897 hingga kini di mana mereka telah membahagikan kepada 2 fasa. Fasa pertama bermula tahun 1897 hingga 1947 yahudi mesti mempunyai sebuag negara berdaulat dimana ia telah berjaya dengan terdirinya negara haram Israel di bumi Palestin pada tahun 1948. Cuma fasa kedua iaitu 1947 hingga 1997 untuk menguasai seluruh dunia dengan terdirinya Israel Raya belum lagi berjaya sehingga tersasar hampir 12 tahun. Yahudi antaranya menggunakan formula 5F dalam menghancurkan umat Islam iaitu :

[1] Filem dimana bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat dengan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya antaranya disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem tajaan yahudi.

[2] Famili (keluarga) dengan menanamkan budaya hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendedah aurat dan bergaul bebas tanpa batasan

[3] Fesyen pakaian dengan memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa. Pakaian yang mengikut kehendak syarak dihina malah diperangi habis-habisan sehingga pernah berlaku pekerja yang bertudung dibuang kerja, larangan memakai serban di tempat kerja dan pengajian sehingga ada pelajar sekolah dipecat malah akhir-akhir ini penunggang motosikal yang berserban dipandang seperti penjenayah berbanding mat rempit. Keadaan ini amat membahayakan kerana kita sedia maklum bahawa undang-undang jalanraya membenarkan umat Islam memakai serban semasa menaiki motosikal tetapi akibat tafsiran makna lebai yang kabur menyebabkan sesiapa yang tidak diakui sebagai lebai akan disaman sedangkan sijil atau dokumen untuk lebai belum pernah dikeluarkan oleh mana-mana agensi atau jabatan. Kita doakan semoga tafsiran makna lebai lebih mesra Islam bukannya berada bawah tempurung sekuler yang lebih hormat serban sikh daripada Islam. Begitu juga ketika orang yang tidak menutup aurat dikenakan tindakan seperti saman maka bangkitnya pejuang hak asasi manusia dalam membela mereka sedangkan bila pakaian yang disuruh oleh agama dihina dan disekat pemakaiannya maka tiada siapa yang bangkit secara bersama untuk mempertahankannya. Masyarakat telah diyahudikan pemikiran dan cara berpakaiannya sehingga Islam ditendang jahiliah dijulang. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:

قال الرسول e : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟
Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka



Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Senjata yahudi ke-[4] ialah Fun (hiburan) di mana hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan dan program dalam menggerakkan kerja-kerja Islam

[5] Food (makanan) di mana umat Islam kini lebih berselera untuk menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita mesti sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi. Renungilah suatu petikan kitab yahudi : “Angka kelahiran orang bukan Yahudi harus dikurangkan sekecil mungkin.” ………Firman Allah dalam ayat 45 surah al-Anfal:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkan hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh kemenangan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



Islam DiBendung Negara DiLelong

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 12 surah Luqman :
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji
Taqwa dan syukur antara sifat mahmudah atau terpuji yang wajib ada pada diri kita agar menjadi hamba Allah yang berbahagia hidup di dunia dan akhirat. 2 sifat ini mudah dan ringan disebut dilidah namun perlu kepada usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh sehingga ia mampu sebati dan subur dalam jiwa kita. Antara tanda manusia yang taqwa dan syukur pada Allah ialah boleh dilihat pada lidah dengan sibuk berzikir, membaca al-Quran, bermuzakarah, nasihat menasihati, bercakap benar dan sebagainya di samping menjauhi sifat berbohong, mengumpat, mengadu domba, berbual kosong (sia-sia) dan sebagainya. Hati orang bersyukur sentiasa jauh daripada hasad dengki, buruk sangka, dendam dan sebagainya. Mata pula tidak memandang perkara yang diharamkan oleh Allah seperti memandang perempuan yang bukan mahram dengan syahwat, gambar lucah dan sebagainya. Tidak memandang dunia dengan keinginan sebaliknya mengambil segala iktibar daripadanya. Perutnya tidak makan makanan yang haram atau syubhat manakala tangannya tidak digunakan untuk memegang perkara yang haram dan bukan hak. Sementara kakinya tidak digunakan untuk berjalan ke tempat maksiat sebaliknya digunakan untuk pergi ziarah, dakwah, tempat ibadah dan sebagainya. Ketaatan orang bersyukur hanya untuk mencari keredhaan Allah dan sebaliknya khuatir dan bimbang dari berlaku perasaan riak dan kemunafikan. Maksud Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi dianggap sebagai kufur nikmat,” (Hadis Riwayat at-Tabrani).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak mungkin berkumpul iman dan kufur dalam jiwa seseorang dan juga tidak mungkin pula bersatu sifat jujur dan dusta padanya sekali gus sebagaimana tidak mungkin bersama sifat khianat dan amanah padanya dalam satu masa,” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 30 surah an-Nuur :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan
Majunya sesuatu bangsa dan tamadun bergantung kepada sejauh mana kejayaan dalam melahirkan rakyat yang bertaqwa dan bersyukur. Kita pada hari ini sentiasa disajikan dengan laporan pembuangan bayi yang tidak berdosa malah mengikut laporan parlimen berlakunya peningkatan 50 peratus jenayah seks dalam tempoh 5 tahun iaitu iaitu 2 427 kes tahun 2005 kepada 4 238 kes pada 2009 yang melibatkan rogol, liwat dan sumbang mahram. Timbulnya cadangan baru di Dewan Negara supaya bapa kepada bayi yang dibuang di negara ini dikenakan hukuman kasi bagi mengajar golongan lelaki yang terbabit supaya lebih bertanggungjawab. Sebelum ini sudah banyak cadangan seperti lelaki yang mempunyai rekod jenayah seksual dipakaikan cawat besi bagi mengekang hawa nafsu dan naluri lelaki terbabit.
Begitu juga cadangan supaya lelaki yang disabitkan atas jenayah seksual diasingkan di suatu tempat yang jauh daripada wanita. Ada juga cadangan supaya dipotong telinga perogol dan sebagainya. Semua cadangan di atas dibuat bagi mencari penyelesaian dalam menghadapi gejala sosial dan pembuangan bayi. Hukum yang dicadangkan itu pula tertumpu kepada pesalah yang melakukan kesalahan itu tanpa mengambil kira akar umbi kenapa gejala sedemikian berleluasa. Sepatutnya apa yang berlaku menimbulkan keinsafan kepada pemimpin untuk kembali kepada hukum al-Quran yang telah jelas dan terbukti keadilannya. Kerajaan wajib mengharamkan filem ganas dan seks dikaca tv, penapisan intenet, majalah serta vcd lucah yang semakin subur di pasaran. Kita mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter dan diharapkan dapat diikut oleh pengangkutan awam yang lain sebagaimana negara maju seperti Jepun. Kelantan sendiri telah lama mengasingkan antara jantina di kaunter pembayaran pasasaraya. Cuma perlu kepada kerjasama semua pihak dalam menjayakannya
Ketika negara semakin teruk dilanda krisis akhlak tiba-tiba kerajaan bertindak bacul meluluskan kedatangan kumpulan muzik Pitbull dalam suatu konsert secara terbuka itu yang ditaja oleh sebuah syarikat arak di mana kumpulan ini terkenal dengan imej budaya arak, dadah, seks dan pergaulan bebas. Walau pun ada jaminan daripada kementerian berkenaan supaya ia terkawal tetapi racun tetap racun. Tidak serik lagikah dengan pesta seks di Port Dickson dan pesta arak di Pahang sebelum ini. Tidak serik dengan amaran Allah melalui gempa bumi, tsunami, banjir besar atau memang pemimpin negara sudah terlalu hebat untuk mencabar kekuasaan Allah. Jangan sekali-kali kita redha dengan maksiat yang mengundang balasan Allah

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 268 surah al-Baqarah :
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya
Suburnya sumber haram dalam mengaut keuntungan dan membina kekayaan negara adalah suatu yang membimbangkan. Kenyataan terbaru Timbalan Menteri Kewangan yang berbangsa Melayu bahawa Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Kenyataan ini begitu memualkan seolah-olah tiada erti halal haram syurga neraka ketika orang bukan Islam sendiri bangkit menentang penyuburan amalan judi yang merosakkan. Itu belum dikira dengan beberapa badan yang menjaga kebajikan orang ramai seperti laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat arak itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit. Amanah Raya Berhad pula merupakan GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg disamping laporan Tahunan Magnum Corporation 2006 pula menunjukkan Amanah Raya Berhad memiliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi. Bila arak dan judi menguasai negara maka tunggulah saat kehancuran yang dahsyat daripada Allah jika kita tidak bangkit menentangnya. Di depan kita ada dua pilihan samada berjuang agar arak dan judi dibanteras dengan mendapat kemuliaan di sisi Allah atau kita lebih senang berdiam diri apatah lagi turut sama memberi sokongan sehingga kita bakal dihina di dunia dan diseksa di akhirat sana.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Pemimpin negara terus merayu simpati rakyat untuk menghalalkan GST iaitu suatu dasar yang mengenakan cukai kepada semua pihak samada pengusaha atau pengguna. Ia seolah-olah menunjukkan wang negara semakin susut sehingga terpaksa memerah semaksima yang mungkin terutama terhadap golongan miskin sedangkan dalam masa yang sama pemimpin boleh membazirkan RM 77 juta untuk mengupah APCO pro zionis yahudi sehingga rahsia dan maklumat negara tergadai ke tangan musuh Islam. Persahabatan dengan syarikat zionis yahudi ini begitu membimbangkan terutama kepada kedaulatan negara dan nasib umat Islam. Tokoh gerakan Islam sentiasa mengingatkan bahawa setiap sesuatu ada tempat kembalinya. Kapitalis dan sekuler misalnya bila menghadapi masalah berdepan dengan gerakan Islam maka ia akan merujuk kepada tuannya iaitu yahudi dam Kristian. Begitu juga yang terbaru selepas tergadainya Pulau Batu Putih kepada Singapura kini digadai pula 2 telaga minyak secara percuma kepada Brunei tanpa melalui parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ia merupakan suatu pengkhiatan pemimpin terhadap rakyat dan kedaulatan Perlembagaan negara. Pemimpin hanya sibuk menarik balik royalti minyak daripada Terengganu dan menafikan RM 2 bilion royalti kepada Kelantan sedangkan boleh diberi RM 320 bilion secara percuma kepada negara lain. Ibarat kata pepatah kera dihutan disusukan anak di rumah mati kelaparan
Firman Allah dalam ayat 27-28 surah al-‘Anfal:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Bebaskan Bumi Isra’

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.



Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Setiap kali tibanya bulan Rejab maka umat Islam sentiasa diperingatkan berkenaan suatu peristiwa penting yang telah berlaku terhadap diri Rasulullah s.a.w iaitu Isra’ dan Mikraj di mana melalui peristiwa inilah maka umat Islam diwajibkan agar mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Isra’ yang merupakan perjalanan nabi pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa manakala Mikraj pula merupakan perjalanan nabi dari Masjidil al-Aqsa ke langit tertinggi di mana peristiwa ini yang merupakan antara mukjizat nabi Muhammad s.a.w telah berlaku terhadap tubuh dan ruh Rasulullah s.a.w secara serentak. Peristiwa ini telah menguji keimanan umat yang telah pun beriman dan juga kepercayaan mereka yang terus memusuhi baginda dari dulu hingga kini. Peristiwa ini begitu penting untuk diambil pengajaran sewajarnya terutama dalam memikirkan kekuasaan Allah yang berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya termasuk memperjalankan nabi Muhammad s.a.w dalam masa yang suatu masa yang singkat ke tempat yang begitu jauh

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

فرمان الله تعالى دالم أية 82 سورة المائدة :
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya kamu dapati mereka yang paling keras permusuhannya terhadap orang mukmin ialah orang yahudi dan orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang beriman ialah orang yang berkata : “ Sesungguhnya kami ini orang Kristian”. Demikian itu disebabkan ada di antara mereka itu, terdapat pendeta dan rahib, (juga) kerana mereka tidak menyombong diri.

Setiap kali membicarakan peristiwa Isra’ Mikraj maka tidak terlepas untuk menyentuh berkenaan kedudukan bumi Isra’ itu sendiri iaitu Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa yang kini dijajah oleh yahudi laknatullah. Pada tahun ini umat Islam memperingati Nakbah atau malapetaka yang menimpa umat Islam Palestin yang sehingga kini terus menderita sejak 60 tahun yang lalu. Pada 31 Ogos 1897 merupakan tarikh Persidangan Basel, Swisszerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini di mana pada 15 Mei 1948 negara Israel diisytiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Tepat 15 hb Mei 2008 baru lalu maka genaplah 60 tahun berlaku peristiwa Nakbah iaitu peristiwa malapetaka ke atas rakyat Palestin. Pada 15 hb Mei 1948 itu tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik iaitu sejumlah 750,000 orang atau tiga perempat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka. Mereka telah dipaksa menjadi pelarian dalam negara Palestin sendiri dan negara-negara jiran yang kini telah mencecah lebih 4.5 juta orang. Kini sudah 6 dekad pelarian Palestin hidup dalam kemiskinan dan penafian keperluan asasi yang sangat parah.

Mereka terpaksa hidup tanpa makanan yang mencukupi , tanpa tempat tinggal , tiada pekerjaan , pendidikan dan kemudahan rawatan. Nasib mereka hingga kini tidak dipeduli oleh masyarakat antarabangsa yang didominasi oleh Amerika Syarikat. Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.

Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,
قَالَ الرَّسُوْلُ e : مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ - رواية الترمذي دان النسائي
Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid

Perpecahan di kalangan pemimpin dan umat Islam telah membuka ruang yang luas kepada zionis yahudi untuk terus mengganas di bumi Palestin. Kebanyakan umat Islam di negara arab sekeliling bumi Palestin lebih seronok berbicara berkenaan hiburan, sukan dan perkara yang melalaikan daripada membincangkan isu Palestin. Perasaan persaudaraan yang semakin longgar akibat semangat kebangsaan yang kuat disamping tidak merasakan bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam bukannya isu rakyat Palestin sahaja. Perasaan tidak menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam turut menjadi punca utama kepada penerusan tindakan zalim dan ganas yahudi terhadap saudara seagama kita di Palestin. Penyakit takut kepada mati dan tamak kepada habuan dunia yang membarah dalam diri umat Islam juga membuka luas ruang kepada musuh Islam untuk membunuh umat Islam tanpa rasa takut dan bimbang. Perasaan inilah yang merebak hingga ke negara kita sehingga pemimpin tidak berasa malu menggadaikan Pulau Batu Putih kepada Singapura tanpa kesungguhan yang secukupnya dalam mempertahankannya. Jika pulau yang dalam laut telah digadai maka kita bimbang sebahagian bumi Johor turut digadai tanpa rasa bersalah demi mengejar keuntungan.



Sidang jumaat yang dikasihi Allah ,

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ : لاَتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ المُسْلِمُوْنَ اليَهُوْدَ فيقتلهم المُسْلِمُوْنَ حَتَّى يَخْتَبِيْءَ اليَهُوْدِيُّ مِنْ وَرَاءِ الحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُوْلُ الحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَاعَبْدَاللهِ هَذَا يَهُوْدِيُّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إَلاَّ الغَرْقَد فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ اليَهُوْدِ.
Maksudnya : Tidak berlaku qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi.

Kita juga perlu mengambil berat berkenaan 3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11 000 rakyat Palestin dipenjarakan di Israel sehingga ada yang dipenjara sehingga 30 tahun. Penjara Israel ini menyaksikan pelbagai tindakan kejam yang dilakukan terhadap banduan sehingga ramai yang mati. Bila mengingati kekejaman penjara Israel ini maka tidak lupa untuk kita mengutuk kekejaman terhadap tahanan ISA yang diperlakukan seperti binatang. Malah ada tahanan yang terpaksa bercerai dengan isteri akibat tekanan yang dahsyat ini. Apa yang terbaru ialah seorang mangsa ISA tidak dapat melihat anaknya yang koma akibat terjatuh tangga pada saat-saat akhir kehidupannya. Sempena hari Jumaat yang mulia ini maka untuk sekian kalinya kita mendesak pemimpin agak membebaskan semua tahanan ISA atau bicarakannya di mahkamah jika mereka benar-benar bersalah. Kita juga mendesak agar pemimpin menarik balik kebenaran kepada 2 warga Israel yang bakal datang bersama pasukan bolasepak Chelsea untuk mengotori bumi Malaysia. Sayangilah bumi dan umat Islam Palestin dan pulaukanlah penjenayah zionis yahudi.

Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Hijrah DiMartabat Palestin Berdaulat


السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.



Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Kini kita telah berada pada tahun baru 1430 Hijrah dan juga 2009 Masihi di mana umat Islam menyambut ketibaan tahun baru ini dalam keadaan peristiwa berdarah apabila saudara seagama kita di Semenanjung Gaza, Palestin di serang tanpa belas kasihan oleh zionis yahudi laknatullah dari arah darat, laut dan udara sehingga mengorbankan lebih 1000 nyawa termasuk kanak-kanak dan orang tua, manakala lebih 3000 lagi cedera setakat 20 hari serangan tidak bertamadun ini. Setelah lebih setahun bekalan makanan disekat, bekalan ubat-ubatan dinafikan, minyak dan gas dihalang, permit kerja dibekukan terhadap penduduk Gaza yang dikuasai oleh pergerakan HAMAS maka pengganas paling kejam di dunia iaitu zinonis yahudi memulakan serangan besar-besaran untuk membunuh umat Islam atas alasan pejuang Islam menyerang Israel. Alasan yang memualkan ini sentiasa dilaungkan untuk menipu dunia sedangkan zionis yahudi merupakan penceroboh yang merampas tanahair milik umat Islam kerana mereka telah ditanam kepercayaan melalui kitab yahudi Talmud dan terbaru Khakam iaitu ulama’ Yahudi telah mengeluarkan fatwa supaya bangsa Arab sama ada Islam dan Kristian mesti dihapuskan bagi memastikan yahudi menguasai Palestin seterusnya dunia

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setiap kali membicarakan peristiwa Hijraturrasul s.a.w maka kita sentiasa diingatkan tentang penderitaan dan penyiksaan yang diterima oleh umat Islam semasa berada di bumi Mekah, tanahair sendiri semata-mata beriman kepada Allah dan rasulNya. Akhirnya umat Islam diizinkan untuk mendapat perlindungan daripada Raja An-Najjasyi di Habsyah bagi hijrah yang pertama sebelum berlakunya hijrah yang lebih besar sehingga terdirinya Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah. Kita masih ingat bagaimana bersungguhnya nabi Muhamamad s.a.w dalam mengembangkan dakwah Islam termasuk berusaha menyampaikan dakwah Islam ini kepada penduduk Taif setelah tekanan di Mekah begitu hebat tetapi malangnya di sana baginda bukan sahaja dicemuh malah dilontar dengan batu. Pada waktu inilah nabi menadah tangan memohon bantuan daripada Allah seraya berdoa antaranya :

يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ أَنْتَ رَبُّ المُسْتَضْعَفِيْنَ وَأَنْتَ رَبِّي ، إِلىَ مَنْ تَكِلُنِي ، إِلىَ بَعِيْدٍ يَتَجَهَّمُنِي أَمْ إِلىَ عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أَمْرِيْ
Maksudnya : Ya Allah Tuhan Yang Paling Penyayang, Engkaulah Tuhan kepada golongan yang lemah tertindas, Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini. Adakah kepada orang jauh yang memandangku dengan muka yang masam atau pun kepada musuh yang Engkau berikan kepada mereka kuasa untuk menguasai urusanku….

Bila kita ingat kepada peristiwa ini maka inilah juga doa saudara seagama kita yang sedang menunggu masa untuk dibom dan dibunuh sesuka hati oleh zionis yahudi di bumi Palestin tanpa mendapat mendapat bantuan dan sokongan sewajarnya daripada negara umat Islam yang lain. Rejim zionis bukan setakat mengebom rumah dan bangunan malah turut memusnahkan lima buah masjid dan dua dewan ibadat setakat ini. Malah ada bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah disekat dan diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Kenyataan Perdana Menteri Israel bahawa yahudi disuruh oleh setengah pemimpin arab supaya menyerang Gaza ada kebenarannya bila pemimpin parti FATAH yang kalah dalam pilihanraya mengerah agar pegawainya untuk mengambil alih Gaza selepas sehari ia diserang. Begitu juga tindakan kerajaan Mesir yang pada mulanya begitu berdegil membuka pintu sempadan daripada dimasuki oleh penduduk Palestin yang ingin mendapat perlindungan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara-negara lain yang ingin menggunakan laluan sempadan Mesir untuk masuk ke Gaza. Yang paling kejam lagi apabila ada sebuah keluarga yang mencari perlindungan daripada serangan tentera udara rejim zionis telah ditembak oleh pengawal sempadan negara Mesir di sempadan Rafah sehingga menyebabkan kematian seorang ibu dan anaknya yang masih kecil. Inilah yang berlaku kepada rakyat Palestin yang bukan sahaja dizalimi oleh rejim zionis tetapi juga kerajaan negara Arab yang berada di sekitarnya. Mereka diserang oleh rejim zionis keparat dan dibaham oleh kawan jahat. Selagi negara umat Islam dipimpin oleh pemimpin yang gila dunia maka selagi itulah penderitaan umat Islam dan keganasan rejim zionis serta sekutunya gagal dihentikan. Ayuh kita sedarkan pemimpin kita atau tukar kepada pemimpin yang cintakan Islam dan umatnya serta berani melaksanakan system Islam dalam negara tanpa gentar kepada musuh Islam



Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,

قال الرسول e : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ - رواه البخاري وأبو دأود والنسائي
Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya

Antara asas yang kuat dalam menjayakan Daulah Islamiah yang gemilang di bumi Madinah ialah terbinanya semangat persaudaraan yang kuat antara golongan Muhajirin dan Ansor. Semangat persaudaraan Islam yang berjaya mengikis semangat Assobiyah atau perkauman sempit ini telah mendatangkan kemenangan dan kemajuan yang gemilang kepada umat Islam. Pada hari ini kita dapat rasakan bagaimana perasaan persaudaraan di kalangan umat Islam yang semakin longgar akibat semangat kebangsaan yang kuat sehingga tidak lagi merasakan bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam bukannya isu rakyat Palestin sahaja. Betapa ramai umat Islam hari ini yang terus seronok menyambut tahun baru dengan hiburan melalaikan ketika saudara seagama di Palestin meraung kesakitan. Gembirakah kita bila mengelilingi hidangan makanan yang lazat sedangkan umat Palestin tengah berdepan dengan peluru rejim zionis dari udara dan darat. Bahagiakah kita semasa berehat dalam mahligai indah sedangkan umat Palestin tengah meratap sedih melihat rumah mereka dibom menyembam tanah. Selesakah kita bila asyik bergurau senda dengan anak isteri sedangkan umat Palestin tengah berduka memangku tubuh anak kecil yang tidak bernyawa lagi. Sempurnakah iman kita sekiranya membiarkan saudara seagama menangis menderita sedangkan kita asyik bergelak ketawa

Sidang jumaat yang dikasihi Allah ,

قَالَ الرَّسُوْلُ e : مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ - رواية الترمذي دان النسائي
Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid

Hijrah turut mengajar erti pengorbanan di mana golongan Ansor sanggup memberi rumah, modal perniagaan malah ada yang mempunyai isteri lebih daripada seorang sanggup mencerai salah seorang isterinya untuk dikahwini dengan saudara Muhajirin. Sedarlah kita bahawa untuk mencapai kemenangan tidak cukup sekadar menitis air mata tetapi mesti berkorban segala apa yang ada termasuk menumpahkan darah ke bumi dalam memerdekakan Masjid Aqsa dan Palestin. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam serta yakin bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Umat Palestin adalah penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Biar bermandi darah, pantang pejuang menyerah kalah. Biar nyawa melayang, bumi Aqsa mesti dimerdekakan. Biar bercerai nyawa daripada badan asalkan keganasan zionis yahudi dapat dihentikan. Beritahu kepada dunia bahawa umat Islam yang bermaruah tidak akan membiarkan tubuh umat Islam diratah dan bumi kita dijajah.

Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ