AKAUN MASJID

Khamis, 29 Julai 2010

Maklumat terkini






Untuk makluman semua muslimin dan muslimat ,pembinaan pengubahsuaian masjid lama Sura akan dimulakan selepas hari raya aidul fitri ini.


Pelancaran sudah dibuat pada minggu lepas.


Jawatan kuasa projek telahpun ditubuhkan yang mana diketuai oleh Hj Abd.Razak


dan beliau akan melantik ajk kecil untuk mengendalikan projek tersebut.


Pihak masjid menyerahkan kepada Hj Razak untuk memilih ajk dan sesiapa yang mempunyai kepakaran bagi membantu untuk menjayakan projek tersebut bolehlah berjumpa dengan Hj Razak untuk sama-sama menyumbangkan tenaga .


Pihak masjid telah mengeluarkan resit wakaf bangunan kepada orang ramai yang ingin menderma dan juga mengalu-alukan jika ada pihak yang ingin menderma barangan seperti simen, kayu,batu,besi dan sebagainya kepada projek ini.


Jika ingin menyumbangkan dalam bentuk barang-barang diatas,hendaklah terlebih dahulu menghubungi pengerusi masjid ataut bendahari untuk mendapatkan penjelasan secara terperinci bentuk barangan yang diperlukan untuk projek ini.


Sekiranya sesiapa yang ingin menderma secara terus,Pihak masjid menyediakan kemudahan


blogs masjid dan disitu penderma boleh terus ke bank islam online banking dan terus ke akaun masjid lama kg sura.

Tabung dana Masjid

Rabu, 28 Julai 2010

Isnin, 26 Julai 2010

Ahad, 25 Julai 2010

Masjid Lama Sura




Allahyarham Hj.Ahmad bin Hj Mahmood
Pengerusi dan juga pengasas Masjid Lama Sura


Allahyarham Sdr.Abas bin Ahmad
Pergerusi Masjid Lama Sura

Hj Mohd bin Omar
Pengerusi Masjid Lama Sura

Jumaat, 23 Julai 2010

Untuk Makluman.
Resit rasmi wakaf dana Pengubahsuaian dan Pembesaran masjid lama Sura akan dikeluarkan pada minggu hadapan .

Terima kasih kepada semua muslimin yang memberi sumbangan pada hari ini sempena Perlancaran Dana Pengubahsuaian dan Pembesaran Masjid Lama Sura.
Ajk Masjid lama Sura juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas-petugas yang bertukus lumus menjayakan program tersebut.
Perlancaran telah disempurnakan oleh Y.B. Ust Hj Wan Hassan bin Md Ramli.
Allahamdulillah kutipan hari perlancaran mendapat sumbangan sebanyak Rm 17,098.00
JazakaAllahukhairan..

Selasa, 13 Julai 2010

Isnin, 12 Julai 2010

Doa T.G.Nik Abd.Aziz

KENYATAAN AKHBAR

Sukacita saya merujuk kepada berita disiarkan Bernama Online (3 Julai, 2010) bertajuk “Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan” dan awal-awal saya tegaskan tajuk dan kandungan beritanya adalah tidak benar dan di luar konteks apa yang saya maksud. Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya.

Paling malang lagi, apabila laporan agensi milik kerajaan Barisan Nasional itu telah dijadikan rujukan, malah disiarkan oleh beberapa akhbar. Antaranya akhbar online Malaysian Insider, dan akhbar cetak seperti Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star.
Namun, akhbar online Malaysiakini turut menyiar kandungan laporan Bernama, tetapi diharmonikan dengan tajuknya sendiri, iaitu “Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar.” Itupun masih tidak tepat, kerana pemilihan dibenarkan di dalam perlembagaan PAS. Sedangkan, pada sidang media tersebut, saya telah merujuk kepada asas perlembagaan PAS yang perlu dipatuhi demi mengelak apa-apa perbalahan, mahupun perpecahan.

Apa pun, saya mengucap terima kasih atas laporan media yang berimbang. Antaranya akhbar New Sunday Times tidak memetik laporan berita Bernama (yang tidak bersifat berita itu), sebaliknya ia telah menyiarkan berita yang ditulis wartawannya sendiri. Begitu pula, Sinar Harian didapati memetik laporan Bernama, tetapi turut menyiarkan di ruang Kelantan kenyataan yang dianggap tepat mengenai cadangan saya agar berlaku syura bagi pemilihan dalam PAS. Sementara Mingguan Malaysia tidak memetik laporan Bernama, sebaliknya menyiarkan kenyataan yang agak tepat dengan maksud sebenar saya.

Di sini diperturunkan maksud kenyataan saya ketika menjawab soalan wartawan berhubung kemungkinan berlaku pertandingan dalam pemilihan PAS tahun depan. Antaranya ialah:

“Kalau boleh tidak perlu bertanding, kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan. Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku".

“Pengalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama’ satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan".

"Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti".

Semoga penjelasan saya ini, dapat mengelakkan salah faham semua pihak, khususnya rakan-rakan pimpinan dalam PAS. Jangan mudah terpengaruh dengan semua laporan berkenaan, terutama Bernama dan akhbar yang nampaknya ada agenda tersembunyi di sebalik apa yang mereka laporkan. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Kepada pihak akhbar cermatlah dan jauhilah daripada memfitnah.

Sekian, wassalam.



NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Tarikh: 21 Rejab 1431/4 Julai 2010.

Sabtu, 10 Julai 2010



masjid lama Sura akan menjadi seperti gambar diatas dengan belanja pengubahsuaian dan pembesaran yang menelan belanja 3.5 juta dan pelancaran kutipan derma akan dibuat pada hari jumaat, 23hb Julai 2010 ,selepas sembahyang Jumaat yang akan dirasmikan oleh Y.B Ustaz Wan Hasan bin Ramli .



Gambar masjid lama Sura sekarang.